MUTIARA KATA EMPAT-EMPAT (HAMKA) :



1) Empat dikenal dengan empat :
Pengarang kerana karangannya, orang alim kerana jawabnya, orang bijaksana kerana perbuatannya, dan orang yang tabah kerana kesanggupannya bertahan.

2) Empat alamat bodoh :
Berteman dengan orang yang bodoh, banyak perbuatan berlebihan-lebihan, tak dapat mengunci rahsia dan memandang ringan kebaikan orang lain.

3) Empat perkara menunjukkan akal :
Menyukai ilmu pengetahuan, tenang sikapnya, tepat jawabnya dan banyak benarnya.

4) Empat perkara menunjukkan seorang ahli siasat :
Tak berubah mukanya kerana kritik, tajam matanya melihat kesempatan, dapat memilih perndapat yang berbeza-beza, senyum mukanya berhadapan dengan lawan.

5) Empat sempurna kerana empat :
Sempurna ilmu kerana amal, sempurna agama kerana takwa, sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan diri kerana wibawa.

6) Empat tidak dapat dipisahkan daripada empat :
Rakyat tidak dapat dipisahkan daripada politik, tetntera tidak dapat dipisahkan daripada pimpinan, suatu pendapat tidak dapat dipisahkan daripada musyawarah, suatu azam tidak dapat dipisahkan daripada istikharah.

SEKIAN. TERIMA KASIH

1 comment:

TK said...

apa pendapat korang ttg mutiara kata 4-4 hamka....